Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kandungan Laman Utama

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM


Saturday, November 14, 2009

4. Bentuk-bentuk perkahwinan

Monogami

Monogami ialah perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita sahaja sepanjang zaman. Seorang lelaki hanya dibenarkan memiliki hanya seorang isteri sahaja dan begitu juga dengan wanita yang juga dibenarkan mempunyai seorang suami sahaja. Agama Kristian memandang ikatan ini sebagai ikatan yang suci.

Poligami

Maksud poligami ialah lelaki ataupun wanita yang mengahwini lebih daripada seorang isteri ataupun suami dalam satu masa. Orang lelaki yang berkahwin lebih dari seorang isteri dinamakan poligini dan wanita yang berkahwin dengan lebih dari seorang suami dinamakan poliandri.

1. Poligini
Hampir semua bangsa di dunia ini mengamalkan poligini ini. Antaranya ialah bangsa Cina, India, Mesir dan lain-lain. Poligini yang dibuat mereka tiada had. Ada satu agama di Cina yang membenarkan mereka untuk berkahwin dengan 130 isteri dalam satu masa. Agama Yahudi membolehkan seorang lelaki mengahwini seorang wanita dengan tiada batasan.

2. Poliandri
Poliandri ialah seorang wanita yang mempunyai ramai suami, ataupun beberapa orang lelaki secara kolektif mempunyai seorang isteri. Perkahwinan bentuk ini diamalkan juga, namun berbeza dari segi hukum dan pelaksaannya kerana terikat dengan tempat dan adat masyarakat setempat.



Kahwin Tahlil

Kahwin tahlil ialah seorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga ataupun bagi kali ketiga, berkahwin dengan lelaki lain supaya ia dapat berkahwin semula dengan bekas suaminya yang pertama. Ia lebih kepada perkahwinan olok-olok dan perkahwinan upah yang lebih dikenali dalam masyarakat melayu sebagai perkahwinan ‘Cina Buta’.

Mazhab empat tidak sependapat mengenai kahwin tahlil ini. Ada yang membolehkan dan ada yang mengharamkan perkahwinan tahlil ini.

1. Mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi berpendapat perkahwinan yang terkutuk dan haram ialah kahwin Tahlil yang dilakukan seseorang untuk mendapatkan upah. Akan tetapi, jika ianya dilakukan oleh seseorang dengan tujuan supaya wanita yang ditalak tiga oleh suaminya dapat berkahwin semula dengan bekas suaminya adalah sah bahkan lelaki itu mendapat pahala jika ia bermaksud untuk mendamaikan antara suami isteri yang telah bercerai tersebut. Tetapi, jika ianya adalah untuk melepaskan nafsu semata-mata maka hukumnya makruh dan perkahwinan itu sah juga.

2. Mazhab Maliki
Mazhab ini berpendapat bahawa wajib diceraikan jika seorang lelaki berkahwin dengan isterinya yang telah ditalak tiga oleh suaminya yang pertama dan perkahwinan tersebut semata-mata untuk kembalik kepada suaminya yang pertama. Perkahwinan ini adalah fasid.

3. Mazhab Asy-Syafie
Mazhab ini membolehkan kahwin tahlil dengan syarat tidak disebut syarat-syaratnya dalam masa akad walaupun dengan niat tahlil dan telah ditetapkan syarat-syaratnya.



4. Mazhab Hambali
Mazhab ini berpendapat bahawa kahwin tahlil itu adalah batal jika dengan niat tahlil samada disebutkan dalam akad ataupun tidak.

Kahwin Mut’ah
Kahwin mut’ah adalah perkahwinan untuk sementara waktu, umpamanya sehari, seminggu, sebulan, setahun dan sebagainya. Semua mazhab mengharamkan kahwin mut’ah ini.

Kahwin Syighar
Perkahwinan ini adalah antara perkahwinan yang diharamkan di dalam Islam. Dalam perkahwinan syighar ini wanita dijadikan sebagai mahar yang ditukar dengan wanita lain sebagai mahar pula. Wang ringgit dan harta benda tidak dijadikan mahar dalam perkahwinan ini.

( Rujukan: Abdul Ghani Azmi B. Hj. Idris. 1994. Hukum-Hukum Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam. Dinie Publisher. Kuala Lumpur.)


No comments:

Post a Comment