Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kandungan Laman Utama

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM


Saturday, November 14, 2009

5. Hukum perkahwinan

Ulama’ berbeza pendapat dalam hukum perkahwinan berdasarkan kepada keadaan iaitu samada wajib, haram, makruh, harus dan sunat. Sebahagian ulama’ membahagikan hukum kahwin ini kepada 5 bahagian mengikut keadaan dan maslahat.
1. Wajib
Bagi orang yang yakin akan terlibat dengan zina jikalau tidak berkahwin dan dia merupakan seorang yang mampu dari segi zahir dan batin.
Dengan kata lain, menjaga kebersihan diri daripada melakukan zina adalah wajib dan jika kewajipan ini tidak dipenuhi kecuali setelah berkahwin, maka hukum perkahwinan itu adalah wajib.

2. Sunat
Bagi orang yang ingin berkahwin dan berkemampuan dari segi zahir dan batin tetapi dia masih lagi mampu menahan dirinya daripada melakukan zina dan maksiat.

3. Haram
Haram bagi mereka yang tidak dapat berlaku adil dan tidak mempunyai kemampuan zahir dan batin

4. Makruh
Bagi seseorang yang lemah tenaga batinnya ataupun kurang mampu memberi nafkah kepada isterinya, maka kahwin baginya adalah makruh.

5. Harus
Ini merupakan hukum asal perkahwinan. Tiada sebab yang mendorongnya untuk berkahwin ataupun halangan yang menghalang baginya berkahwin.

( Rujukan : Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

3 comments:

  1. Salam..sy nk tny pendapat, bln dpn genap 2 thn sy bercerai dgn suami, tp sy blm mdapat pengesahan pceraian..tp ustaz, sy ada bkenalan dgn seorg lelaki, beliau mengajak sy bkahwin, sdgkn sy blm mdapat sijil cerai, sy Ingin mengelakkan dosa, apa perlu sy buat?

    ReplyDelete
  2. sedangkan islam begitu mudah, kenapa undang-undang manusia begitu ketat sehingga tanpa kita sedar undang-undang yang telah kita cipta pada dasarnya untuk kebaikan telah menyebabkan banyak berlakunya kes zina, mohon melihat pandangan ini dari sudut +ve

    ReplyDelete