Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kandungan Laman Utama

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM



Friday, October 16, 2009

1. Pengertian Nikah

Nikah dari segi bahasa ialah bersatu dan berkumpul. Kata sesetengah orang arab: “ Pokok-pokok itu bernikah”, Ia bermaksud pokok-pokok itu condong dan berhimpun rapat di antara satu sama lain.
Dari segi syarak, nikah ialah suatu akad yang menghalalkan istimta’ ( bersetubuh/ berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Ia dinamakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukannya di antara satu sama lain.

Orang arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad, juga dengan makna persetubuhan serta berseronok-seronok. Walaupun begitu, makna hakiki bagi kalimah nikah ialah akad dan makna secara simboliknya (majaz) ialah persetubuhan.


Kalimah 'apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman' dalam ayat di atas bermaksud kamu mengadakan akad perkahwinan dengan perempuan yang beriman. Ini berpandukan firman Allah selepas ayat itu yang bermaksud: ' kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya'. Maksud menyentuhnya ialah menyetubuhinya.


( Rujukan : Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji.2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie;Undang-undang kekeluargaan. Pustaka Salam, Kuala Lumpur. )


Baca Lagi...