Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kandungan Laman Utama

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM


Tuesday, November 17, 2009

8. Akad perkahwinan

Akad perkahwinan ialah ikatan perjanjian antara pasangan suami isteri untuk memikul tanggungjawab dalam institusi keluarga dengan mempunyai beberapa rukun dan syarat tertentu.

Rukun nikah

1.Lelaki ( bakal suami)
2.Perempuan ( bakal isteri)
3.Wali
4. 2 orang saksi
5. Ijab dan qabul


Pengantin

Syarat pengantin lelaki:
-Tidak dalam ihram
-Perkahwinan diadakan dengan pilihan sendiri
-Bukan muhrim kepada perempuan
-Belum mempunyai 4 orang isteri
-mengetahui bakal isteri dan wali
-jelas seorang lelaki


Syarat pengantin perempuan
-tidak dalam ihram haji
-bukan isteri kepada mana-mana lelaki
-Tidak dalam iddah
-Beragama Islam
-Perkahwinan dengan kerelaan sendiri bagi gadis dara
-Jelas sebagai wanita
-Pengantin perempuan sudah ditentukan


Wali

Wali ialah ahli keluarga yang hampir dengan pengantin perempuan. Tanpa wali, perkahwinan itu tidak sah. Wali terbahagi kepada wali mujbir dan wali bukan mujbir. Wali mujbir ialah bapa atau datuk daripada sebelah bapa hingga ke atas bagi seseorang gadis manakala wali bukan mujbir pula ialah wali-wali selain daripada bapa dan datuk atau semua wali bagi janda.

Syarat-syarat menjadi wali
( sekiranya tidak cukup syarat-syarat ini maka taraf wali berpindah kepada wali yang jauh).

1. Islam. Jika perempuan yang akan berkahwin itu Islam sedangkan walinya kafir, maka tidak sah bagi wali itu mewalikan perempuan tersebut.

2. Berakal. Tidak sah wali itu dari orang yang tidak sempurna aqalnya , seperti gila yang terus menerus , kerana ia tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, tetapi jika gilanyatidak berterusan atau datang hanya sementara sahaja, maka semasa ia siuman , ia termasuk ke dalam golongan yang sempurna aqalnya.

3. Baligh. Iaitu mereka yang cukup umur lima belas tahun ke atas , maka tidaklah sah kanak-kanak menajdi wali meskipun ia telah mumayiz.

4. Merdeka. Hamba tidak sah menjadi wali.

5. lelaki. Tidak sah perempuan menjadi wali.

6. Tidak cedera fikiran. Tidak sah orang yang telah cedera fikirannya menjadi wali seperti orang tua yang telah nyanyuk.

7. Tidak safih. Tidak sah orang yang safih menjadi wali iaitu orang yang ditahan hartanya disebabkan terlampau boros atau bodoh.

8. Adil. Tidak sah orang fasik menajdi wali. Seseorang dikatakan fasik apabila ia melakukan dosa besar seperti ;
- membunuh
- berzina
- minum arak
- merampas harta
- meninggalkan solat fardhu dengan senghaja
- mencuri
- menderhaka kepada ibu bapa
- atau melakukan dosa kecil secara berterusan
- atau seumpamanya yang mana ketaatan kepada Allah kurang dari maksiatnya

Tetapi jika ia bertaubat dari dosanya, maka boleh ia menajdi wali.
Manakala , pendapat Syeikh Ibnu Hajar, orang yang fasik boleh menajdi wali kerana pada masa sekarang, kebanyakan orang menjadi wali adalah daripada orang yang fasik.




Wali nasab

Iaitu wali yang ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan yang akan bernikah;
1. bapa
2. datuk sebelah bapa
3. saudara lelaki seibu sebapa
4. saudara lelaki sebapa
5. anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa
6. anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa
7. bapa saudara lelaki dari pihak bapa seibu sebapa
8. bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa
9. anak lelaki kepada kepada bapa saudara lelaki dari pihak seibu sebapa
10. anak lelaki kepada bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa
11. bapa saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12. bapa saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa sebapa
Dan bgitulah seterusnya susunan wali nasab mengikut susunan waris dalam pusaka



Wali bapa

Wali bapa dikenal dalam istilah fikrah dengan wali akrab ( wali yang lebih dekat) dan wali yang lain dikenal dengan wali ‘Ab’ad ( wali yang lebih jauh) jika wali nombor satu tiada , maka bolehlah wali nombor dua menjadi wali , dan begitulah seterusnya hingga ke bawah.
Wali-wali tersebut berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya mengikut giliran dekatnya, ( iaitu selagi ada wali terdekat yang mencukupi syarat-syaratnya, wali ab’ad tidak berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya .Sebaliknya jika wali terdekat itu tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan untuk mewalikan akad nikah, maka hak wali itu berpindah kepada wali ab’ad yang cukup syarat-syaratnya.

Sebab-sebab hak wali berpindah
( yang mana sekiranya terdapat perkara-perkara seperti ini kepada wali akrab(terdekat) , maka hak wali berpindah kepada wali ab’ad;
1. kafir
2. fasik
3. tidak adil
4. gila
5. masik kanak-kanak
6. bisu
7. bodoh
8. hamba

Wali bapa dan wali datuk ( wali mujbir)
Iaitu wali yang harus menikahkan anak atau cucunya yang masih perawan tanpa perlu minta izin dari perempuan tersebut.tetapi jika perempuan itu telah menjadi janda atau hilang perawannya , maka mesti minta izin dulu sebelum menikahkannya.

Syarat bagi sah nikah dengan berwalikan wali mujbir
wali mujbir boleh menikahkan anak perwan tanpa izin perempuan tersebut terlebih dahulu jika ia memenuhi semua syarat-syarat ini;
1. tiada permusuhan di antara perempuan tersebut dengan wali itu
2. tiada permusuhan antara perempuan tersebut dengan bakal suaminya
3. perempuan tersebut sekufu dengan bakal suaminya
4. bakal suami tersebut sanggup membayar maskahwinnya dengan tunai .

Syarat bagi wali mujbir harus menikahkan( anak atau cucu perempuan)
1. Dibayar dengan maskahwinnya yang sesuai mengikut adat negeri
2. maskahwin itu mestilah dibayar dengan wang dalam negeri
3. bakal suami perempuan itu bukan orang yang susah berkehidupan dengannya, seperti cacat yang membebankan atau terlalu tua
Sekiranya syarat-syarat diatas tidak dipenuhi, haram wali mujbir melaksanakan akadnya, tetapi jika dilaksanakan juga, nikahnya tetap sah, meskipun hukumnya tetap haram.

(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)





4 comments:

  1. Bagaimana jika seorang gadis yang sudah sampai masa untuknya berkahwin,tetapi dia tidak bersetuju dengan pilihan hati orang tuanya?Sedangkan dia sudah mempunyai pilihan hatinya sendiri?Dan dia benar-benar tidak boleh menerima pilihan orang tuanya itu.Dan bolehkah dia dikahwinkan tanpa kerelaan hatinya?

    ReplyDelete
  2. SYAHMIE

    Seorang gadis yang perawan(dara) layak dinikahkan oleh seorang wali mujbir atau wali wasi tanpa perlu meminta dan mendapat keizinan gadis berkenaan dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
    Meminta izin untuk menikahkan si gadis berkenaan hanyalah sunat dan tidak mengurangkan keupayaan wali mujbir atau wali wasi untuk menikahkan gadis tersebut walaupun gadis tersebut tidak bersetuju atau rela.

    ReplyDelete
  3. macamana pulak dengan pernikahan yang tidak mengikut undang2?? contohnya pernikahan seperti di thai, tetapi pernikahan itu di walikan oleh bapa pengantin perempuan itu sendiri dan mempunyai 2 orang saksi seperti yang diwajibkan. adakah pernikahan tersebut sah menurut islam?

    ReplyDelete
  4. saya mahu bernikah.. tapi nak dirahsia oleh semua org...sbb kami ny masih sambung belajar.. dan mahu di jauhkan zina.. apa perlu kami buat?slepas kursus kahwin.. dan macam mana kami nak cari saksi dan wali ?

    ReplyDelete