Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kandungan Laman Utama

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM


Wednesday, November 18, 2009

11. Pembubaran rumahtangga

Ikatan perkahwinan merupakan suatu ikatan yang suci dan penuh rahmat. Ianya dibina atas dasar kasih sayang dan saling mencintai antara satu sama lain. Walaupun Allah S.W.T. menghalalkan pembubaran perkahwinan melalui talak ataupun cerai, namun penceraia merupakan perkara halal yang paling dibenci oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kedua-dua pasangan perlulah mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan hubungan suami isteri sebelum membuat keputusan untuk bercerai kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudharat daripada manfaat. Namun, jikalau keadaan sudah tidak dapat dibendung lagi, bolehlah mengambil jalan terakhir untuk membubarkan rumahtangga melalui lafaz talak ataupun isteri meminta penceraian daripada suaminya melalui khulu' atau tebus talak.


Talak

Merupakan perpisahan antara suami isteri dan putusnya ikatan perkahwinan sebelumnya serta haram di antara mereka untuk mengadakan perkara yang halal dibuat sebelum ini. Talak merupakan hak suami yang boleh dilakukan sama ada dengan kata-kata, isyarat ataupun tulisan asalkan dengan niat. Talak terbahagi kepada dua iaitu:

1. Talak ba'in-Talak yang tidak boleh dirujuk kembali
2. Talak raj'i-Talak yang boleh dirujuk kembali seperti suami menceraikan isterinya
kali pertama dan kedua.


Mut'ah

Merupakan segala bentuk saguhati yang berupa harta ataupun barangan bernilai yang diberikan oleh suami kepada isterinya selepas berlakunya penceraian antara mereka.



Tebus talak

Merupakan keadaan apabila seseorang isteri hendak memutuskan hubungan perkahwinan dengan suaminya setelah merasakan tidak dapat hidup bersama dan bimbang tidak dapat berlaku jujur dengan suaminya, sedangkan suaminya tidak mahu menceraikannya.


(Rujukan : Salleh Ismail. 2003. Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-undang Keluarga Islam. Dawabama Sdn. Bhd. Selangor.)

No comments:

Post a Comment